Baju kurung Riau kami adalah seperti baju kurung PAHANG TETAPI tanpa kekek dan mempunyai pesak yg terbahagi kepada 2 bahagian aka pesak gantung dan mempunyai cutting dibahagian pinggang . Pesak untuk baju kurung riau ini adalah kembang di bahagian bawah .
Baju ini amat sesuai untuk org yg bertubuh kurus mahupun gempal. Di samping menampakkan sedikit potongan badan ianya dapat menyembunyikan bahagian punggung .Perbezaan antara kurung pahang dan kurung riau ......
1) - Kurung Pahang - Hanya mempunyai satu pesak dari bawah ketiak terus kebawah
Kurung RIAU - Mempunyai 2 pesak satu dibahagian bawah ketiak dan satu lagi yg kembang dibahagian bawah , dan ianya kelihatan spt tergantung antara satu sama lain , dan ada juga yg memnaggil pesak gantung
2) - Kurung Pahang - Pesaknya hanya sedikit mengikut potongan dibahagian pinggang sahaja .
Kurung RIAU - Mengikut potongan dibahagian dada dan pinggang dan kembang sedikit dibahagian punggung ( cuba pehatikan gambar yg disertakan ini )
Untuk baju potongan RIAU ini , kainnya adalah lipat hadapan atau disebut selisih depan dan ada yang susun dibelakang .
GAMBARAJAH BAJU POTONGAN RIAU
PANDANGAN DARI SISI
No comments:
Post a Comment